Kaabah

MEKAH

Mulakan...

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia


Saturday, October 25, 2008

Hukum Memakai Kanta Sentuh yang Berwarna

Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.

Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

credits: iluvislam.com
__________________
안녕히 가세요
Rainbow Over My Eyes

Sunday, October 19, 2008

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ...Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

-diambil dari sumber FW: FW: Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam 08

Saturday, October 11, 2008

Pakai Tudung....Tapi ketat...OK???

1. Menutupi seluruh badan, selain yang dikecualikan.

(Periksa terjemah Al Qur'an surat Al Ahzab: 59 dan AN Nur: 31).
Maka semua anggota tubuh bagi muslimah adalah aurat dan wajib ditutupi, kecuali wajah dan kedua telapak tangan karena tidak termasuk aurat, akan tetapi memakai stongan(stokin tangan) dan stokin adalah lebih baik kerana hukumnya sunah afdholiyah (yang utama).

2. Kainnya harus tebal tidak tipis (transparent)

Kerana dikatakan menutup aurat itu tidak disifatkan menutupi kecuali dengan kain yang tebal. Hal ini sebagaimana dalam sebuah hadits, "Pada akhir umatku nanti akan ada wnaita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya telanjang, di atas kepala mereka seperti terdapat punuk unta, kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk" (HR Thabarani, Hadits Shohih).

Dan dalam riwayat lain ditambahkan:
"Mereka tidak akan masuk surga dan juga tidak akan memperoleh baunya padahal bau surga itu dapat dicium dari perjalanan yang amat jauh" (HR Muslim).

Maksudnya seorang perempuan yang memakai pakaian dengan kain yang tipis dan masih kelihatan auratnya . Kerana kainnya tipis maka pada hakikatnya dia itu berpakaian tapi telanjang, yang mendapat ancaman hadits tersebut.

3. Harus longgar, tidak ketat sehingga tidak menggambarkan sesuatu dari tubuhnya.

Kerana kalau pakaiannya ketat meskipun tebal, maka pakaian tersebut masih memberikan gambaran bentuk atau lekuk tubuh. Dengan demikian, hendaklah kaum wanita memakai pakaian yang tebal dan longgar dan tidak ketat.

4. Tidak diberi wangian dan perfum.

Hal ini berdasarkan hadis sahih dari Abu Musa Al Asy'ari berkata, Rasulullah bersabda:
"Siapapun perempuan yang memakai wangian, lalu dia melewati kaum lelaki agar mereka mendapatkan baunya, maka dia adalah pezina". (HR NAsai, Tirmidzi Abu Dawud, Ahmad dll)

Kerana hal itu akan mengundang fitnah dan menjadi pendorong seseorang untuk menzinainya (membangkitkan nafsu berahinya) dan juga dalam hadis Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Jika seorang perempuan keluar menuju masjid sedangkan dia memakai wewangian yang tercium baunya, maka Allah tidak akan menerima solatnya, sehingga dia pulang ke rumahnya kemudian mandi (terus solat)." (HR Al Baihaqi, Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan disahihkan Syaikh Albani).

5. Tidak menyerupai pakaian laki-laki

Karena Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian laki-laki (HR Abu Dawud, Ibnu Majah, al Hakim dan Ahmad dan haditsnya sahih).

6. Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir

Kerana hal tersebut akan menyeret pelakunya untuk meniru mode-model dan trend orang kafir dalam berpakaian juga dalam akhlaknya. Dan juga merupakan bentuk sumbangan kepada mereka kerana dia telah melestarikan dan menyebarkan budaya mereka dan kekafirannya.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk golongan kaum tersebut". (HR Ahmad sanadnya hasan). Dan juga hadits Rasulullah yang lain, "Barangsiapa yang memakai pakaian orang-orang kafir (pendeta, rahib dsb) atau menyerupai mereka maka dia bukan termasuk golonganku". (HRThabrani, hadits ini dhoif tetapi tidak mengapa kalau sebagai syahid/penguat).

Dan masih banyak lagi hadits-hadits yang melarang untuk tasyabuh (menyerupai orang-orang kafir) baik dalam berpakaian, berhias, ibadah dll).

7. Bukan pakaian untuk mencari populariti(ketenaran) iaitu pakaian yang dipakai dengan tujuan untuk mendapat perhatian masyarakat yang biasanya dipakai untuk berbangga-bangga dengan sikap angkuh dan sombong.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa mengenakan pakaian untuk mencari kebanggaan di dunia, maka Allah akan mengenakan pakaian kehinaan di hari kiamat kemudian membakarnya dengan api neraka" (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dengan sanad yang hasan).

Juga bukan merupakan pakaian perhiasan iaitu pakaian (perhiasan) yang biasanya dipakai kaum hawa untuk menarik perhatian kaum lelaki. Dan kerana ini pula kaum wanita banyak masuk ke dalam neraka (kerana mereka kalau keluar rumah dengan bertabarruj) dan tabarruj adalah perempuan yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya yang seharusnya ditutupinya. Kerana hal tersebut akan membangkitkan nafsu/syahwat kaum lelaki.

Maka perempuan yang bertudung tapi berpakaian ketat bererti dia belum sempurna dalam menjalankan kewajibannya iaitu menutupi aurat dan menunjukkan betapa lemahnya iman yang ada pada dirinya.


Berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Ada dua golongan ahli neraka (penghuni neraka) dari umatku, yang aku belum melihat mereka sebelumnya (yakni kerana belum terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W. ‘): (Yakni) (1). “Para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka miring (yakni condong pada penyelewengan dan kesesatan) dan mengajak orang lain miring ( yakni mengajak para wanita lainnya agar sesat dan condong pada penyelewengan seperti dirinya). Kepala-kepala mereka (yakni rambut-rambut mereka) seperti punuk unta yang miring (karena adanya hiasan di rambut kepala mereka, seperti sanggul, pita dan berbagai perhiasan lainnya, tanpa menutupnya dengan jilbab-jilbab mereka). Mereka tidak akan masuk surga, bahkan mereka tidak akan mendapati bau harumnya surga, padahal baunya dapat tercium dari jarak sekian dan sekian. "(HR. Muslim dan lainnya)
Pengertian : “Wanita yang berpakaian tetapi telanjang”, yaitu wanita yang mengenakan pakaian namun tidak menutup tubuhnya (yakni tidak menutupinya dengan sempurna, sehinggga nmasih nampak sebagian anggoata tubuhnya yang mestinya wajib di tutupi). Ia berpakaian tetapi pada hakikatnya tetap telanjang, seperti mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya, seperti lengannya dan lain-lainnya.
Sesungguhnya pakaian wanita itu adalah yang menutupi tubuhnya, (yakni) yang tebal dan lebar, sehingga tidak tampak bentuk tubuhnya dan postur badannya. Wallahu a’lam.

Wednesday, September 17, 2008

: KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam.

Wednesday, September 3, 2008

EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.

Monday, September 1, 2008

AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.



Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

Wednesday, August 27, 2008

HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan

Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibnu Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain bermaksud, (maksudnya lebih kurang):

“Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat: http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32§ionid=2)

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman Islam Today berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.

(Sila lihat:)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai di badan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:
Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti madu, habbah al-sauda dan seumpamanya.
Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)

Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.

Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.

Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

(Sila lihat soalan ke 11: )

Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.

(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: )

Kesimpulan dari soalan-soalan pembaca:

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang iaitu menyerupai wanita dan pembaziran dalam penggunaannya. Namun, dari hadith Rasulullah telah wujud pengaruh tentang gelang ubat atau tangkal pada masa kini. Bagi mengelak dari jatuhnya hukum,jadi kita ambil hukum pemakaian gelang sebagai haram. Pendapat ini sama seperti pendapat hukum bagi merokok,sama-sama kita fikirkanlah....
Semoga Allah merahmati semua....
Wallahualam Bissawa'.

Friday, August 22, 2008

RAMADHAN BULAN KERAHMATAN UMAT

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Bulan yang penuh suci ini sering dkaitkan dengan bulan dengan penuh rahmat dan pahala,namun untuk memperolehinya bukanlah seperti "kacang goreng",tapi memerlukan usaha dan jihad dalam melawan nafsu....

Sedar atau tidak, dalam bulan ramadhan masih ada lagi segelintir umat islam yg masih tidak menghormati bulan ini.Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita....Adakah ia disalahkan oleh syaitan?walaupun syaitan telah dibelenggu???..... Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Untuk pengatahuan semua, ni adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela selama syaitan bersama kita....nescaya jika kita turuti nafsu rosak lah akal kita,jadi turutilah akal nsecaya nafsu tunduk kepadanya...InsyaAllah

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita semua akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.Jihad yang paling besar adalah jihad nafsu. Semoga Ramadhan ,mendatang memberi seribu perubahan positif kepada kita...

Ana akhiri dengan sebuah hadith.....

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Thursday, August 7, 2008








Ini lah yg berlaku di Indonesia (yang mengamalkan pancasila, caca
murba iaitu islam liberal)...

Ust. ada bertanya kpd penduduk di sana,"mengapa kubur org kafir &
org Islam di tanam setempat?"

Jawab penduduk di sana: "...."takkan lah malaikat tak tau membezakan kubur org Islam & org bukan Islam..?"

Jelas lah disini menunjukan sifat kesentimenan islam diambil rapuh,hanya sekadar menganut tetapi tiada perlaksanaan dan hanya mampu mengikut flow pemerintah. Memang benarlah kata ustaz ana,jumlah penganut islam tidak penting di masa sekarang,malah kualiti keislamannya dan kepatuhan kepada agama patut di ia-iakan. Semoga kita semua dapat menjadikan iktibar atas segala yang berlaku di negara-negara saudara seislam dengan kita. Moga-moga benda ni tak berlaku di Malaysia. Wallahhuallam

Monday, August 4, 2008

Bolehkah Buang Air Kecil [Kencing] Sambil Berdiri ?

Boleh saja buang air kecil sambil berdiri, terutama sekali bila memang diperlukan, selama tempatnya tertutup dan tidak ada orang yang dapat melihat auratnya, dan tidak ada bagian tubuhnya yang terpercik air seninya. Hal ini ada diriwayatkan dari Hudzaifah Radiyallahu 'anhu, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa salam pernah menuju sebuah tempat sampah milik sekelompok orang, lalu beliau buang air kecil sambil berdiri. Hadits ini disepakati kesahihannya. Akan tetapi yang afdhal tetap buang air kecil dengan duduk. Kerana itulah yang lebih sering dilakukan oleh Rasullulah SAW, selain juga lebih dapat menutupi aurat dan lebih jarang terkena percikan air seni.

Saturday, May 31, 2008

Kitab al-Hidayatus Salikin 2

> Ujub : segala kebajikan yang dibuat kerana dirinya sahaja dan merasakan dirinya lebih
> Orang yang mencarikkan maruah orang lain akan dibalas di neraka dengan decarikkan
dagingnya oleh anjing dari neraka

Menuntut ilmu hanya untuk bermegah-megah @ mencela @ membantah kata-kata orang lain adalah lebih teruk daripada orang yang tidak menuntut ilmu( orang jahil ) . Dan sikap ini akan mejadikan segala amal ada "afat"(penyakit) dan mendapat penyakit hati . Tanda amal diterima Allah iaitu orang itu merasakan segala amalnya sudah tiada kerana segala amal telah dibawa ke langit dan ini akan mendorongnya melakukan amal dengan lebih banyak .

Sabda Rasulullah :
"Barangsiapa menuntut ilmu bukan kerana Allah @ redha Allah , dan dikehendaki ilmu itu, maka siap sedialah tempat duduk dalam neraka"


ILMU-ILMU YANG WAJIB DIPELAJARI
> Ilmu Usuluddin : Fasal Aqaid
> Ilmu Tauhid : Fasal Rasul
> Ilmu Fekah : Fasal Amal hidup
> Ilmu Tasawwuf : Fasal Hati

Dosa maksiat hati lebih besar daripada dosa maksiat zahir. Sifat ujub dan hasad adalah disebabkan oleh kasih akan dunia.( Hubbun Dunnia ). Dan sifat ini adalah kepala segala maksiat, dosa dan maksiat.Nauzubillah...sama-samalah kita hindarinya. Mencari dunia hanya untuk suka-suka, maka dunia akan membinasakannya. Sejak daripada dunia diciptakan Allah, Allah tidak memandangnya sehingga kiamat. Dan ini bermakna dunia ini tiada harga disisi Allah...

Kitab al-Hidayatus Salikin 1

Tok Guru Haji Wan Rusli...
Pondok al-Dinnah al-Falahiah
Pasir Puteh,Kelantan

FASAL RIAK ( maksiat batin yakni yang dibahasakan kepada hati)
- haram...dicela ulamak
- merupakan syirik kahfi(kecil) tersebunyi dalam hati
- langit-langit mempunyai malaikat setiapnya iaitu 7
- setiap amalan dan ibadah ditapis setiap langit sehingga sampai kepada Allah
- [amal+ mengumpat] akan dihembaskan kemuka orang itu apabila setiba

dilangit pertama

MALAIKAT-MALAIKAT di LANGIT ALLAH


+ Langit pertama : periksa amal sama ada terdapat mengumpat


+ Langit kedua : periksa amal sama ada kerana dunia/bermegah
sekiranya terdapat sifat itu,maka dihembas amal itu kemuka dan dipalu oleh malaikat


+ Langit ketiga : periksa amal sama ada bercampur sombong/qibrin


+ Langit keempat : periksa amal sama ada mengandungi ujub

sekiranya terdapat sifat itu,maka dihembas amal kemuka,badan dan belakang


+ Langit kelima : periksa amal sama ada mengandungi hasad

(dengki kepada orang berilmu dan menjatuhkan orang lain)
sekiranya terdapat sifat itu,maka dipalu amal itu ke muka dan leher


+ Langit keenam : periksa amal sama ada mempunyai sifat tiada belas kasihan

yakni kasihan melihat orang yang berbuat maksiat
sekiranya terdapat sifat itu,maka dipalu amal itu kemuka


+ Langit ketujuh : periksa sama ada segala amal ikhlas @ tidak(tidak qasad kerana Allah)
sekiranya terdapat sifat itu,maka dipalu ke semua anggota dan dikunci hatinya


+ Lepas langit ketujuh : Allah melaknat amal yang bukan kerana Allah dan

turut semua malaikat turut melaknat...astaghfirullah

Amal yang dipukul dan dipalu dianggota akan menjadi pelbagai penyakit badan seperti sakit badan dan berat melakukan ibadah. Segala amal bukannya mudah untuk diangkat dan dihutung...tetapi segala maksiat dan dosa adalah senang untuk dikira. Segala penyakit hati @ maksiat batin adalah lebih besar dosanya dari maksiat zahir kerana hati adalah puncanya. Sekiranya hati rosak, maka anggota pun turut rosak. Nauzubillah.... Segala ibadah adalah sah dan diterima jika hati suci dan sejahtera
Allah tidak akan menerima ibadat yang mengandungi walau sekecil semut pun riak
Sedar atau tidak, membaca al-Quran dengar berlagu hanya untuk mendapat nama dan kelebihan adalah haram dan tergolong dalam riak, dan Allah telah sediakan Jubbi Khusni iaitu sungai dalam neraka

Perkara Yang Membawa Kepada Maksiat Batin
-makan banyak
-kedekut dan kasih kepada harta
-kasih dengan kemegahan dunia
-takabbur
-ujub
-riak
-sombong
-hasad dengki

Monday, May 26, 2008

Sudahkah Kamu Ingat

Walaubagaimana satu hari lagi telah di delete dari waktu mati ana nak sampai....ohhh..)

Satu perkataan yang menakutkan. Dikaitkan dengan hantu. Di kaitkan dengan seram. Di selubungi dengan……. misssterriiiii……

Ya, memang misteri. Sungguh misteri yang bukan hanya nusantara..tapi di seluruh dunia ini. Semua orang, bangsa takut mati. Eeii…ngeri……

Sungguh misteri sekali mati itu hinggakan orang tak nak ingat. Kalau boleh tak nak sebut. Kalau boleh jangan sebut. Kalau boleh takde perkataan tu pun takpe. So bila jadi macam tu,orang selalu lupa. Orang dah tak ingat betapa significantnye mati tu dalam kita menjalani hidup kat dunia. Betapa TERAMAT pentingnya mengingati mati itu..

Padahal Rasulullah SAW kata (lebih kurang maksud) :
Orang yang paling bijak antara kamu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati

Kalau kita kerja engineer, kita ni ada PHD, kita ni ahli akademik di universiti tersohor, kita ni akauntan bertauliah, kita ni terer merempit, terer cakap belit, kita ni cendikiawan, kita ni doctor pakar tapi kita tidak selalu mengingati mati, maka takde lah terel mana dan tak lah bijak mana.

So kalau kita tak dapat jadi seperti pakar2 yang tersebut di atas tu, atau kita tak dapat anugerah cemerlang masa kat skolah or kat universiti, inilah masa nya kita nak jadi pandai dan bijak (mengikut definisi Rasulullah SAW, Kekasih Allah)

Mengingati mati secara konsisten akan dijamin dari mengelakkan berbuat dosa dan kejahatan. Baik dalam toilet sorang2, dalam selimut berduaan, dalam bilik hotel, dalam rumah urut, dalam kepala otak, di tempat kerja, di dalam kereta, di rumah, di majlis pesta keramaian, di hari raya, tengah instant message, tgh chatting dan di mana-mana pun…

Pesan Rasulullah SAW lagi, mengingati mati boleh mengatasi keriangan dan keseronokan.

Ye la, bayangkan kalau kita ingat kita nak mati bila2, seminit lagi ke, dua minit lagi ke, sejam, sebulan, even setahun kita tak kan rasa nak bergumbira. Mesti kita beramal ibadat tanpa henti……sob sob..sob…menangis setiap kali berdoa.

Lagi pesan Rasulullah (lebih kurang maksud) :
“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu (tentang pembalasan hari akhirat) tentu kamu akan lebih banyak menangis dan kurang ketawa/bersuka.”

Tapi kalau tak ingat mati, kita akan rasa dunia untuk keseronokan, kesenangan dan hiburan. Hiburaaaaaannnnn tak habih2…..

Rasulullah SAW sabda lagi, mafhum (lebih kurang) :
Hidup di dunia ini seperti seorang musafir”

Nabi Isa pulak sabda
Dunia ini adalah seperti jambatan. Seberangilah ia dan jangan lah kamu membuat binaan di atasnya" (lebih kurang maksud)

Ko dah ready? Macam mana nak ready?

Budak sekolah pandai macam mana pun, genius ke , gifted ke, mesti sedikit sebanyak buat preparation bila nak SPM. Habis2 malas belajar pun, solat hajat, doa, mintak berkat guru, dan macam2 lagi.

Sama jugak untuk MATI. Kita mesti prepare untuk mati dan kehidupan selepas mati. Banyak exam, peperiksaan yang nak kena lepas. Yang bestnya exam tau datenye bila.Tapi mati? ntah2 tak abis baca entry ana dah kiok..ohhh..

Oleh sebab tu, lebih lebih lagilah kita kena prepare.
Kita kena prepare untuk kehidupan selepas mati LEBIH dari kehidupan sebelum mati.

Carilah bahagianmu di akhirat, jgn lupa bahagianmu di dunia.”

Beramal seperti kau akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya.
Nah, buat apa kalut? kan ke ada "selamanya" untuk hidup bekerja..tapi kena la kalut dalam amal ibadah..sebab kita akan mati "esok hari"..(ana pun..ohhh..)

Dalam Al-Quran pun byk sebut pasal mati dulu, baru pasal hayat (hidup). Allah sengaja sebut MATI kat depan ayat, baru sebut pasal hidup.
Mesti ada sebabnya. Nak suruh kita mendahului mengingati mati daripada ingat hidup.

Matilah sebagai seorang mukmin...sungguh beruntung orang yang tau bila dia nak mati dan sedar serta kembali kepada Allah. At least orang yang tau dia nak mati..boleh bertaubat bersungguh sebab pintu taubat masih terbukak untuk dia.Takde lah kena spot check macam kebanyakan mat rempit yang mati katak dan tak sempat nak prepare (mungkin ada yang dah prepare kot..ana berburghok sangka..ohh..)

Macam mana nak lari dari MATI? Boleh ke?
Ada cerita tradisi dari Kuthaimah RA.(cerita dari BUZNAMA - berita dari ustaz yang ana tak ingat nama - harap maklum)

Ada sekali tu, pada zaman Nabi Sulaiman, malaikatul maut (Izraeel AS) menjelmakan diri dalam bentuk manusia dan merenung tanpa henti kepada seorang mamat ni. Lama ditenungnya sampai akhirnya mamat tu pun tanya la Nabi Sulaiman
“Siapa orang tu?”
"Malaikat maut", jawab Nabi Sulaiman
“Kenapa dia tenung aku macam nak cabut nyawaku?"
“Apa yang ko nak sekarang?” Tanya Nabi Sulaiman
“Bawa aku lari ke India. Aku tak nak tengok malaikat maut tu”
Nabi Sulaiman pun memerintahkan awan untuk mengangkat mamat tu ke India.

Bila mamat tu dah pergi, Nabi Sulaiman Tanya malaikat maut,
“Kenapa yang kamu pegi tenung mamat tu?”

Jawab malaikat maut,
“Aku tadi bingung kenapa Allah suruh aku cabut nyawa mamat tu di India, padahal dia ada kat sini bersama mu Sulaiman..”

Moral of the story: Memang ajal maut tarikh dan tempat dah ditentukan. Tak leh nak elak.

Marilah kita mula mengingati mati setiap hari, detik dan saat. Dengannya hati akan jadi tenang. Tapi itu bukan alasan untuk malas berkerja dan berusaha. Cuma ia boleh dijadikan sempadan untuk rehat dari bekerja dan tidak mendahului boss daripada Allah. Maksud rehat bekerja kat sini ialah :

1) 9 pagi pergi solat Dhuha
2) 12.00 tghri baca Al-Quran/Kitab2 Ilmu/Tazkirah surau and prepare untuk berjemaah Zuhur
3) 12.40 ptg solat Zohor berjemaah awal waktu
4) 3.50 ptg solat Asar berjemaah awal waktu
5) 6.45 ptg solat maghrib berjemaah awal waktu (walaupun tgh sibuk bekerja, plan lah kerja tu elok2)
6) 7.50 ptg solat Isya’ berjemaah awal waktu (kalau dah kat rumah tu pegi la masjid/surau. Kalau yang masih kat ofis, make sure berhenti kerja luangkanlah masa untuk menyahut seruan Allah. Kalau yang dah nak balik, tunggu la kejap, solat dulu, mana tau eksiden ke karang….
7) Lepas isya’ bacalah Al-Quran, kitab2 ilmu, ta’alim kepada anak bini, kelas agama

ana kata : Luangkanlah masa untuk Allah sebab kata ahli neraka, (lebih kurang maksud) :
"Ya Allah, keluarkanlah kami kedunia barang seketika untuk kami bertaubat, beribadat dan menyembah dan mengesakan kanMu"

Tapi jawab malaikat Zabaniah (lebih kurang maksud) :
Itu semua cakap kosong, Masa untuk beribadat telah berlalu, Nah sekarang terimalah balasan dan siksaan ini atas perbuatanMu!”

Ye la..dulu dah beri peringatan atas dunia. Dah diberitahu, ada kesihatan, waras, tapi tak amalkan jugak sepenuhnya seruan dari Allah. Orang yang beri peringatan tu pulak kita pandang serong.

- JUMUD lah,
- ketinggalan zaman
- perasan alim
- kubur kita lain2 tau
- apa jaga tepi kain orang
- macam dia bagus sangat
- asyik solat je tak produktif langsung
- menganggu orang nak tido la azan ni
- janggut nabi panjang sebab takde shaver Gillette
- makan pakai tangan, eii jijik.
- Jilat tangan pulak tuu..eeii…pengotor..
- Minum pun pakai tangan kanan, abis la kotor gelas ttuu..eei..tak senonoh..
- Janggut panjang…eeii..geli..berbulu sana sini geli jugak….tak hensem
- Buruk benor pakai seluar senteng ni?
- Baju dah lusuh pun pakai lagi?
- Apa la pakai tudung kat budak2 kecik?
- Nak borak ngan laki/bini dia pun jeles
- Apsal tak nak salam ni? Orang nak beraya, nak mintak maaf (pompuan kata kat lelaki – vice versa)
- Pakai kopiah macam orang tua (hallo..apasal org tua je boleh pakai kopiah?Sebab dia nak mati??? Kita? Tau bila mati??..)
- Pakai serban perasan macam ulamak konon
- Pakai jubah macam orang alim
- Asyik cakap apsal agama, mati, siksa kubur, siksa neraka, syurga…rimaslah…tak de ceirta lagi sensasi ke? Up to date lah sketttttt..
- Blog ngko ni boring aa..asyik citer ntahapahantah…
- Ana dah tau, tak payah nak ingatkan ana pasal hukum
- Tak habih2 benda sama…borrrriingg..
- Apa ni? Kawin pun tak bleh sanding? Kawin apa namanye?
- Nantilah ana solat zuhur, err..asar kul bape ek?ana ..tengah concentrate buat kerja ni.
- This is my most produktif time, kamu ajak gi solat dhuha plak

- DAN MACAM2 LAGI KATA2 ANGKUH dan MACAM PANDAI TAPI BODOH…oops..JAHIL (kang kata bodoh marah…)

Tentang ingat mati ni, orang non-muslim pun ingat mati, tapi diorang ingat dengan menempah kawasan kubur je lah.

(Ya Allah Matikanlah aku dalam Islam dan Beriman dan Bertaqwa..amiin..)

SUDAHKAH KAU INGAT?...
(ana dah ingatkannnn....)

p/s - bila ana dah mati, ingatkan kaum keluarga (bakal2 istri...bukan2,bakal istri dan bakal anak2) ana untuk doakan untuk ana..isk isk isk..

MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

Hukum bersahabat dgn orang kafir

Firman Allah Taala: "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."(Ali Imran, ayat 28)

Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

Sebab Turun Ayat
Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Hukum Dari Ayat Ini
Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan?

Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi'i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:

Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa' dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan.

2. Mazhab Maliki. Mereka berpendapat bahawa meminta bantuan orang kafir dalam peperangan adalah tidak dibenarkan.

Alasan mazhab ini ialah, larangan berbuat demikian adalah bersesuaian dengan zahir ayat al-Quran:
Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Mazhab ini juga menggunakan kisah Ubadah bi Shomit yang menyebabkan ayat di atas diturunkan.

Selain itu, mereka berhujah dengan Hadis Nabi riwayat Aisyah, di mana seorang lelaki musyrik yang gagah dan tangkas datang kepada Nabi Muhamad s.a.w. Ketika itu peperangan Badar sedang tercetus. Lelaki tadi meminta izin dari Nabi untuk ikut serta dalam peperangan tersebut. Nabi bersabda:
"Kembalilah, aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik."

Jawapan jumhur ulamak terhadap hujah mazhab Maliki:
1. Hujah yang digunakan oleh mazhab Maliki telah dinasakhkan oleh perbuatan Nabi sendiri.
2. Ataupun, boleh jadi hujah tersebut tidak dinasakhkan tetapi ketika itu nabi tidak memerlukan bantuan orang kafir. Atau berkemungkinan tiada kepercayaan terhadap kesetiaan orang kafir berkenaan.

Hukum Kedua: Taqiyah
Apakah itu taqiyah yang tercantum di ayat:
"....kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka."?

Maknanya ialah bahawa seseorang mengucapkan perkataan dengan lidahnya, sedang hatinya tetap teguh dengan keimanan. Definasi ini diberikan oleh Ibnu Abbas r.a.

Sebahagian ulamak mengatakan taqiyah ialah memelihara diri dan harta benda dari kemusnahan musuh dengan cara menzahirkan apa yang mereka mahu tetapi tidak dengan keyakinan hati.

Apakah hukumnya?
Jelas bahawa ayat di atas membenarkan perlakuan taqiyah demi untuk memelihara diri dari kezaliman. Terdapat ayat lain yang semakna dengannya iaitu:
Ertinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, sesudah ia beriman (maka ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dan beriman. (al-Nahl, ayat 106)

Dan, walaubagaimanapun taqiyah bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan. Ia adalah bentuk keringan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah. Ketika seseorang itu dipaksa (dengan ancaman kemusnahan) untuk menjadi kafir, dia boleh memilih antara berbuat taqiyah (melafazkan kata kufur tetapi hatinya tetap beriman) ataupun tetap tidak berganjak sehingga dirinya terbunuh. Dan yang kedua ini adalah lebih afdhal.

Hukum Ketiga: Menyerahkan kepimpinan kepada orang kafir, serta mempergunakannya dalam semua urusan kaum muslimin.

Berdasarkan ayat:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali .." mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau menguruskan urusan kaum muslimin adalah tidak dibenarkan. Begitu juga mengambil mereka sebagai pekerja atau pelayan. Samalah halnya kita tidak boleh menghormati atau memuliakan mereka di majlis, atau berdiri ketika mereka datang. Kerana perbuatan ini merupakan penghormatan kepada mereka. Bukankah kita diperintahkan agar merendahkan mereka, firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." (al-Taubah, ayat 28)

Hukum Keempat: Hukum berpura-pura dengan menunjukkan kebaikkan/sokongan kepada penjahat. Ini merupakan muslihat dan diplomasi.

Perbuatan ini adalah dibenarkan. Rasulullah pernah melakukannya sebagaimana yang tercantum di dalam sabdanya:
"Kami tersenyum manis kepada suatu kaum, padahal hati kami melaknat mereka."

Walaubagaimanapun ia tidak boleh sampai ke peringkat boleh memudaratkan orang lain atau menyalahi dasar-dasar ajaran Islam.

Rujukan

Al-Quran
Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni

Friday, May 16, 2008

a Muslim's Birthday

One's Muslim birthday is, of course, the date upon which one was born. Far from considering it incidental, Islamic tradition regards one's Muslim birthday to be fraught with meaning and relevance and, a day to commemorate a life lived in service and submission to Allah SWT!

The Quran says:"Our Lord is He Who gave to each created thing its form and nature, and further, gave it guidance." [20:50]

Birthdays are a time to celebrate with joy the creative ability of Al-Khaaliq and the guidance He has blessed us with in our life.

The Muslim birthday is the perfect day for reflection about our lives as believers and is an auspicious time to make new resolutions to perform good deeds and to deepen our commitment to the Quran and sunnah and the role they play in our lives.

On one's Muslim birthday it is customary to get together with family and friends to celebrate Islamically. At the celebration one should say a du'aa of thanks to Allah SWT, perhaps give money as sadaqah, and recite some of the Quran...etc "And ye certainly know already the first form of creation: why then do ye not celebrate His praises?"

Makan Makanan Yang Disediakan Oleh Hindu

SOALAN:
Adakah salah untuk makan makanan yang disediakan oleh Hindu?

Jawapan oleh Sheikh Ahmad Kutty

Adalah dibenarkan kpd kita untuk makan makanan yang disediakan oleh Hindu selagi makanan itu betul-betul vegetarian. Jika mereka tidak begitu maka kita hanya boleh makan makanan yg disediakan selari dgn ajaran Islam tentang halal dan haram. Dlm kata lain, kita tidak boleh makan makan hidangan yg mengandungi daging melainkan kita yakin tanpa ragu yg mereka memperolehi daging itu dari sumber-sumber halal. Adalah diketahui umum yang makan ikan tiada sekatan, dalam kata lain kita boleh makan nya tanpa sebarang masalah.

Agama kita mudah dan bersifat tabii, dan mengajarkan kita untuk berurusan dgn semua orang dgn adil dan saksama; halal adalah halal dan haram adalah haram tanpa mengira sama ada ia disediakan Muslim atau non-Muslim. Hukum Allah tidak mengira manusia.

Adalah jelas diketahui yang Nabi (SAW) dan sahabatnya selalu makan makanan yang telah disediakan oleh saudara-mara dan kawan-kawan mereka yang musyrik; mereka hanya mengelakkan makanan yang dilarang oleh Islam. Sepertimana, Muslims di India yang selalu makan di restoran Hindu sambil mentaati larangan di atas.



Eating Foods Prepared by Hindus

Is it wrong to eat foods prepared by Hindus?

Sheikh Ahmad Kutty

It is lawful for us to eat foods prepared by Hindus as long as they are strictly vegetarian. If they are not then we can only eat those foods which are prepared in conformity with the Islamic teachings of halal (the lawful) and haram (the unlawful). In other words, we cannot simply eat dishes containing meat that they have prepared unless we have ascertained without doubt that they have obtained the meat from halal sources. It is common knowledge that eating fish has no such restrictions, in other words we can eat it without any problem.

Our religion is simple and natural, and teaches us to deal with all people fairly and justly; halal is halal and haram is haram regardless of whether it is provided by a Muslim or a non-Muslim. The laws of Allah do not discriminate among people.

It may be illuminating to know that the Prophet (peace and blessings be upon him) and his companions used to eat food that had been prepared by their pagan relatives and friends; they only avoided those foods which are forbidden in Islam. Likewise, the Muslims of India have always eaten in Hindu restaurants while observing the above restrictions.

FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
--------------------------------------------------------------------------------------------------Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalamminuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.

2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.·

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.
Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan ituharam. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)Lembaga

Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidaknajis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
*****************Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal:
Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab:
Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
-----------------------------
Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukandesas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Sekian adanya. Wallahu a'lam.

Gugur anak hasil rogol

SOALAN: Adakah benar fatwa yang mengatakan bahawa wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan tersebut dilarang oleh agama?
– Norasyikin Muhammad,Parit Buntar,Perak.


JAWAPAN:Fatwa tersebut memang benar. Ianya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Azhar sendiri dan kita percaya pihak berkuasa Azhar tentu lebih arif dan teliti dalam membuat keputusan tersebut. Ini memandangkan kini terlalu banyak masalah sosial seperti kejadian rogol yang boleh menimbulkan kepincangan dalam masyarakat. Apabila berlaku sesuatu angkara yang amat dibenci agama kepada seseorang bukan bererti kita dihalalkan untuk membunuh anak atau zuriat sendiri tanpa sebab sesuka hati. Tetapi atas sebab-sebab yang terpaksa dan tidak mengancam sesiapa kita dibenarkan untuk mengatasi sesuatu keperluan itu sekadar yang diperlukan.Dalam situasi tersebut tentu ada perbezaan yang ketara antara rogol dan perbuatan zina yang mana rogol itu dilakukan hanya oleh satu pihak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi iaitu dengan cara paksa dan ancaman, sedangkan perbuatan rogol itu amat sukar untuk berlaku tanpa kerelaan bersama. Jadi apa yang jelas di sini ialah mereka yang benar-benar terdesak dan terpaksa akan dibenarkan secepat mungkin untuk membuang anak (janin) tersebut. Itu pun dalam keadaan yang tidak mengancam jiwa sesiapa (ibunya). Dan ia boleh dilakukan dalam masa yang belum tentu kewujudan manusia iaitu dalam tempoh satu dua bulan sahaja, kerana bila perkara itu sudah berlalu tiga bulan atau lebih maka janin tersebut sudah terbentuk dan berupa manusia apa lagi setelah ditiupkan roh. Maka hukumnya tentu lebih sukar dan berat lagi. Waktu itu tidak ada ulama yang berani mengharuskannya. Justeru perbuatan tersebut sama dengan membunuh sedangkan perbuatan yang dibenarkan itu boleh disamakan (dikiaskan) dengan amalan al ‘azl yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. Menurut kata sahabat yang bernama Jabir, kami lakukan perbuatan ‘azl itu semasa al-Quran masih diturunkan kepada Rasulullah (tetapi al-Quran tidak pernah menyentuhnya, apa lagi melarangnya) (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain). Sebab itu ramai ulama yang membolehkannya (al‘azl) dengan persetujuan semua pihak. Wallahualam.

Fatwa yang Terus Dilupakan: MEROKOK HARAM

Merokok Haram


Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan “Amaran Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan kesihatan.” Persoalan hukum rokok dalam Islam sering menjadi polemik para ulama antara hukum makruh dan haram. Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada perbincangan hukum menegenainya. Bagi perokok, mereka sebenarnya mengambil sikap eskapisme dengan mengatakannya sebagai satu perkara yang makruh kerana perbuatan yang makruh hanya dibenci oleh Allah s.w.t, tidak sampai kepada hukum haram atau berdosa di sisi Allah s.w.t. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa hukum makruh dan haram itu adalah aksiologi negatif dalam perundangan Islam. Adakah wajar kita mengambil nilai negatif dalam menghalalkan rokok kepada diri kita? Lebih malang, ada juga yang mengambil teori sekular egoisme untuk mewajarkan diri mereka untuk merokok. Kata mereka, merokok memberi kepuasan dan ketenangan diri, lagi pun mereka tidak mengacau atau menganggu orang lain. Ada juga muda mudi yang beranggapan menghulurkan rokok kepada sahabat taulan sebagai budi yang baik dan bersifat pemurah. Namun secara hakikatnya apa jua hujah yang diutarakan oleh mereka, ia merupakan sejumlah alasan yang direka-reka akibat ketidakmampuan mereka membebaskan diri daripada ketagihan merokok akibat bahana nikotin dalam rokok. Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu. Para saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudinnya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492. Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880. Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh oenjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia belum pernah dikenali pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajah mereka. Pada hari ini, merokok adalah suatu kebiasaaan yang diterima secara luas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, teruatamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yangkononnya dikaitkan dengan merokok. Malah, tabiat merokok, suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini. Rentetan daripada bahaya dan kemudharatan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memustuskan bahawa tabiat merokok itu haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah 13 tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri. Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yan menyebabkan manusia terganggu”. (H.R. Bukhari & Muslim). Hadith ini boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan menganggu bukan sahja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi, merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam rumahnya. Selain itu juga, kita dapat melihat perokok selalunya amat sukar untuk melakukan ibadah puasa. Ini adalah kerana ketagihan merokok yang sukar ditinggalkan. Mereka mampu untuk tidak minum dan makan, tetapi gagal untuk tidak merokok. Kalau pun ia mampu berpuasa penuh dengan tidak merokok, kebanyakan mereka akan berbuka puasa dengan merokok dahulu daripada memilih sunnah nabi menjamah buah tamar. Jelas sekali tabiat merokok memberi kesan negatif kepada amalan keagamaan seseoang dengan memandu nafsu supaya meninggalkan yang sunat dan mengerjakan yang haram. Apa yang lebih ditakuti ialah merokok mengkin boleh menjadi titik tolak kepada ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Selain itu, secara jelas merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun srangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di ‘kamar gas maut’ bagi pesalh yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta pada tahun 2004. Jumlah ini dianggarkan menigkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. jumlah kematian yang dianggarkan ini hamper menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama. Bahaya merokok bukan hanya membabitkan Negara-negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia. Kesedaran tentang bahaya merokok semakin meningkat di Barat sehingga menyebabkan peratusan perokok semakin menurun . namun, sebaliknya berlaku di Malaysia, peratusan perokok semakin meningkat akibat kurangnya kesedaran dan kempen-kempen anti rokok. Selain itu, ajaran Islam secara jelas mengharamkan manusia daripada memusnahkan diri sendiri atau orang lain. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan mengancam kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan urat saraf kita hendaklah baik, bersih dan menjamin keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Firman Allah s.w.t.: “Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk.” (Al-A`raf : 57). Selain itu, Allah s.w.t. juga berfirman : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Al-Baqarah : 195) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya.” (H.R.Bukhari). Tabiat merokok kadang kala turut menganggu dan menyakiti hati orang di sekelilingnya. Kepulan asap yang dihembuskan oleh perokok menyebabkan orang disekelilingnya merasa tidak selesa dan lemas. Alam sekitar yang terjejas juga merupakan pengkhianatan amanah Allah kepada manusia untuk memelihara alam dengan baik. Kitab suci al-quran berulang kali menegaskan agar manusia menjaga keseimbangan alam dan melarang manusia merosakkan alam sekitar sebagaimana firman Allah s.w.t ;Dan langit dijadikannya (membunbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.supaya kamu tidak melampaui batas dan menjalankan keadilan.(Ar-Rahman;7-8) Disamping itu,merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran kewangan.Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok sehari yang harganya RM5,ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM150 sebulan dan RM1,800 setahun sejumlah RM18,000 bagi sepuluh tahun.Jumlah besar tersebut sudah tentu dapat dimanfaatkan pada pekara lebih memberikan faedah kepada diri perokok dan keluarganya.Firman Allah s.w.t;Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara saitan,sedang saitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.(Al-Isra.27) Nabi Muhammad s.a.w bersabda Allah membenci tiga pekara iaitu mengumpat,berjudi dan membazir wang.(Riwayat Bukhari dan Muslim) Selain itu,kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi.Membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi yang sering ingin menghancurkan umat islam.Seanadainya segelintir daripada kita berasa sensitif untuk tidak ke Kentuky Fried Chiken dan Mc Donald tatkala bumi Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain-lain diserang Amerika Syarikat, kenapa kita tidak mengambil langkah untuk berhenti menghisap rokok yang dibuat oleh syarikat-syarikat Yahudi Amerika Syarikat? Selain itu juga, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa perbuatan merokok merupakan perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan didalam Surah al-Gasiyah :5–6. Berdasarkan kepada sebab-sebab dan hujah-hujah yang dinyatakan, mudah-mudahan para perokok menjadikan sempena Tahun Baru Hijrah ini sebagai titik tolak untuk menghentikan tabiat merokok. Tanamlah keazaman yang tinggi dalam diri untuk membuang tabiat buruk merokok. Ingatlah orang yang mahu kebaikan itu akan mencari jalan, manakala sebaliknya mereka yang cenderung ke arah keburukan itu akan mencari alasan. Marilah kita sama-sama menghormati fatwa kebangsaaan yang telah memutuskan bahawa menghisap rokok itu adalah HARAM di sisi pandangan Islam. –Utusan Malaysia ( m/s 9. Isnin 16 Februari 2004)

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template