Kaabah

MEKAH

Mulakan...

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia


Friday, May 16, 2008

Fatwa yang Terus Dilupakan: MEROKOK HARAM

Merokok Haram


Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan “Amaran Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan kesihatan.” Persoalan hukum rokok dalam Islam sering menjadi polemik para ulama antara hukum makruh dan haram. Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada perbincangan hukum menegenainya. Bagi perokok, mereka sebenarnya mengambil sikap eskapisme dengan mengatakannya sebagai satu perkara yang makruh kerana perbuatan yang makruh hanya dibenci oleh Allah s.w.t, tidak sampai kepada hukum haram atau berdosa di sisi Allah s.w.t. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa hukum makruh dan haram itu adalah aksiologi negatif dalam perundangan Islam. Adakah wajar kita mengambil nilai negatif dalam menghalalkan rokok kepada diri kita? Lebih malang, ada juga yang mengambil teori sekular egoisme untuk mewajarkan diri mereka untuk merokok. Kata mereka, merokok memberi kepuasan dan ketenangan diri, lagi pun mereka tidak mengacau atau menganggu orang lain. Ada juga muda mudi yang beranggapan menghulurkan rokok kepada sahabat taulan sebagai budi yang baik dan bersifat pemurah. Namun secara hakikatnya apa jua hujah yang diutarakan oleh mereka, ia merupakan sejumlah alasan yang direka-reka akibat ketidakmampuan mereka membebaskan diri daripada ketagihan merokok akibat bahana nikotin dalam rokok. Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu. Para saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudinnya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492. Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880. Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh oenjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia belum pernah dikenali pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajah mereka. Pada hari ini, merokok adalah suatu kebiasaaan yang diterima secara luas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, teruatamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yangkononnya dikaitkan dengan merokok. Malah, tabiat merokok, suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini. Rentetan daripada bahaya dan kemudharatan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memustuskan bahawa tabiat merokok itu haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah 13 tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri. Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yan menyebabkan manusia terganggu”. (H.R. Bukhari & Muslim). Hadith ini boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan menganggu bukan sahja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi, merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam rumahnya. Selain itu juga, kita dapat melihat perokok selalunya amat sukar untuk melakukan ibadah puasa. Ini adalah kerana ketagihan merokok yang sukar ditinggalkan. Mereka mampu untuk tidak minum dan makan, tetapi gagal untuk tidak merokok. Kalau pun ia mampu berpuasa penuh dengan tidak merokok, kebanyakan mereka akan berbuka puasa dengan merokok dahulu daripada memilih sunnah nabi menjamah buah tamar. Jelas sekali tabiat merokok memberi kesan negatif kepada amalan keagamaan seseoang dengan memandu nafsu supaya meninggalkan yang sunat dan mengerjakan yang haram. Apa yang lebih ditakuti ialah merokok mengkin boleh menjadi titik tolak kepada ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Selain itu, secara jelas merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun srangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di ‘kamar gas maut’ bagi pesalh yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta pada tahun 2004. Jumlah ini dianggarkan menigkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. jumlah kematian yang dianggarkan ini hamper menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama. Bahaya merokok bukan hanya membabitkan Negara-negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia. Kesedaran tentang bahaya merokok semakin meningkat di Barat sehingga menyebabkan peratusan perokok semakin menurun . namun, sebaliknya berlaku di Malaysia, peratusan perokok semakin meningkat akibat kurangnya kesedaran dan kempen-kempen anti rokok. Selain itu, ajaran Islam secara jelas mengharamkan manusia daripada memusnahkan diri sendiri atau orang lain. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan mengancam kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan urat saraf kita hendaklah baik, bersih dan menjamin keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Firman Allah s.w.t.: “Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk.” (Al-A`raf : 57). Selain itu, Allah s.w.t. juga berfirman : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Al-Baqarah : 195) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya.” (H.R.Bukhari). Tabiat merokok kadang kala turut menganggu dan menyakiti hati orang di sekelilingnya. Kepulan asap yang dihembuskan oleh perokok menyebabkan orang disekelilingnya merasa tidak selesa dan lemas. Alam sekitar yang terjejas juga merupakan pengkhianatan amanah Allah kepada manusia untuk memelihara alam dengan baik. Kitab suci al-quran berulang kali menegaskan agar manusia menjaga keseimbangan alam dan melarang manusia merosakkan alam sekitar sebagaimana firman Allah s.w.t ;Dan langit dijadikannya (membunbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.supaya kamu tidak melampaui batas dan menjalankan keadilan.(Ar-Rahman;7-8) Disamping itu,merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran kewangan.Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok sehari yang harganya RM5,ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM150 sebulan dan RM1,800 setahun sejumlah RM18,000 bagi sepuluh tahun.Jumlah besar tersebut sudah tentu dapat dimanfaatkan pada pekara lebih memberikan faedah kepada diri perokok dan keluarganya.Firman Allah s.w.t;Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara saitan,sedang saitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.(Al-Isra.27) Nabi Muhammad s.a.w bersabda Allah membenci tiga pekara iaitu mengumpat,berjudi dan membazir wang.(Riwayat Bukhari dan Muslim) Selain itu,kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi.Membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi yang sering ingin menghancurkan umat islam.Seanadainya segelintir daripada kita berasa sensitif untuk tidak ke Kentuky Fried Chiken dan Mc Donald tatkala bumi Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain-lain diserang Amerika Syarikat, kenapa kita tidak mengambil langkah untuk berhenti menghisap rokok yang dibuat oleh syarikat-syarikat Yahudi Amerika Syarikat? Selain itu juga, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa perbuatan merokok merupakan perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan didalam Surah al-Gasiyah :5–6. Berdasarkan kepada sebab-sebab dan hujah-hujah yang dinyatakan, mudah-mudahan para perokok menjadikan sempena Tahun Baru Hijrah ini sebagai titik tolak untuk menghentikan tabiat merokok. Tanamlah keazaman yang tinggi dalam diri untuk membuang tabiat buruk merokok. Ingatlah orang yang mahu kebaikan itu akan mencari jalan, manakala sebaliknya mereka yang cenderung ke arah keburukan itu akan mencari alasan. Marilah kita sama-sama menghormati fatwa kebangsaaan yang telah memutuskan bahawa menghisap rokok itu adalah HARAM di sisi pandangan Islam. –Utusan Malaysia ( m/s 9. Isnin 16 Februari 2004)

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template