Kaabah

MEKAH

Mulakan...

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia


Friday, May 2, 2008

Mari Berdakwah

DA`IE : LAYAKKAH ANDA ???

“dakwah??alamak..aku ni tak cukup ilmu lagi la nak bedakwah..”

“mane la layak aku nak tegur orang tu..”

Selalu kan kita dengar orang cakap sebegini bila di ajak melakukan amr ma`ruf nahi mungkar..agaknya anda pun selalu kan??
Jom kita toleh sedikit ke belakang sebelum kita berlari kehadapan ;)

Cuba anda bayangkan apa akan terjadi seandainya Abu Bakr As-siddiq menunggu sehingga Islamnya sempurna sebelum memulakan da`wahnya??pasti Islam tidak akan berkembang bukan??

Di zaman Rasulullah dulu manakah yang Baginda dahulukan? Da`wah atau Fikah? Apakah Islam telah sempurna ketika Rasulullah memulakan da`wah baginda bersama para sahabat?

Maha Suci Allah yang telah memulakan wahyuNya dengan ayat






dan menamatkan wahyuNya dengan ayat berikut:







walaupun terdapat khilaf tentang ayat mana yang terakhir di turunkan,namun yang pasti ayat ini merupakan antara yang terkhir di wahyukan kepada Baginda tercinta..
Ayat yang dari Surah Ma`idah ini merupakan titik tanda penyempurnaan Islam dan petanda yang Baginda sudah selesai melaksanakan amanah Beliau dan akan kembali menemui kekasih agungNya.

Ini bermakna Islam itu sendiri hanya sempurna setelah Abu Bakr berdakwah selama 23 tahun barulah Islam sempurna diterima oleh Abu Bakr..Benarkan??

Ayuh kita berfikir lagi..

Ketika mana Mus`ab bin Umayr dihantar ke Madinah untuk menjadi Naqib,Murabbi atau apa sahaja istilah yana anda selesa dengannya..Adakah beliau sudah memiliki Ilmu yang sempurna??sedangkan kala itu Hijrah masih belum berlaku..Wahyu juga masih di peringkat awal..hmm apa yang Mus`ab bin Umayr sampaikan ya?? Sampai Beliau berjaya menarik cukup ramai warga Madinah untuk menerima Islam yang masih belum lengkap itu?

“ada 10sen bagi 10sen,ada seringgit bagi seringgit..jangan nak tunggu ada 10ringgit baru nak memberi…”

Kata-kata yang saya dapat dari Ustaz Alias Osman..hmm bukankah itu bermakna??





“Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya.”

Tapi Awas!! Hendaklah kita jujur dalam menyampaikan sesuatu..Da`ei perlu jujur..
Jika hendak menyampaikan sesuatu itu hendaklah kita pasti dengan perkara itu..Ketahuilah setiap kata-kata yang terlanjur dari mulut itu pasti ada akibatanya.. walaupun sekadar sepatah kata..Allah maha Adil..


0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template